TERMA DAN SYARAT



Alhamdulillah dan terimakasih kerana menghubungi dan sudi menggunakan khidmat kami.
Seperti yang telah di ketahui, Kelahiran dan Jangka Hayat manusia adalah di tangan Allah S.W.T, maka, sebarang kelahiran yang terlalu awal / lewat atau keadaan dimana ibu dan bayi di tahan lebih lama di hospital atau berlaku sebarang penukaran tarikh khidmat kerana sebab sebab yang tidak dapat di elakkan, perbincangan / rundingan semula harus di lakukan secara terbuka dan rasional oleh kedua dua pihak.

TERMA DAN SYARAT BAYARAN 
1.  Bayaran Tempahan adalah PENTING bagi mengelakkan kegagalan mendapat   
     perkhidmatan kami, kerana selain dari waktu kelahiran bayi adalah Qada’dan Qadar 
    Allah, Cuti Umum dan tempoh kerja Penjaga Pantang yang padat dengan pelbagai pakej 
    yang disediakan menjadikan jadual tugas harus diatur dengan teliti. 
2.  Bayaran Tempahan:    
     50% dari harga pakej.
     Tambahan 50% dari jumlah pakej bagi khidmat penjagaan BAYI KEMBAR.
3. Pembayaran Tempahan melalui online e-banking atau ATM ke akaun semasa 
   Syarikat (001995757 -U). No akaun akan di berikan melalui emel atau whatsaap.
4. Resit Rasmi akan di Pos Ekspress ke alamat rumah / pejabat pelanggan.
5. Pengesahan penerimaan bayaran melalui emel dan resit yang telah di cop dan 
    tanda tangan akan juga di imbas dan di emel ke alamat emel pelanggan.
6. Emel atau Whatsaap kami Nama, Alamat Surat Menyurat juga Alamat Emel bagi 
    pengesahan secara mutlak
7. Baki bayaran HARUS dibayar ke akaun semasa Syarikat setelah 3 hari Penjaga Pantang 
    memulakan khidmat.
8. Bagi yang tiada tempahan awal, bayaran penuh (100%) harga pakej di bayar sehari 
    sebelum tarikh  perkhidmatan.
9. Bayaran Tempahan 50% akan dipulangkan:
·   Berlaku pembatalan 1 bulan dari tarikh jangkaan bersalin yang di nyatakan oleh pelanggan
·   Berlaku sebarang kematian atau kemalangan atau kegagalan yang tidak disengajakan oleh kedua dua pihak.
10.         Bayaran Tempahan tidak akan dipulangkan:
·   Berlaku pembatalan dari pihak pelanggan 14 hari dari tarikh jangkaan bersalin yang di nyatakan oleh pelanggan
·   Setelah bermulanya perkhidmatan.
SYARAT PERKHIDMATAN
1.  Pihak pelanggan harus memaklumkan kelahiran sehari selepas melahirkan untuk kami 
     membuat persediaan yang sepatutnya.
2.  Perkhidmatan secara rasmi akan bermula pada hari ke 5 > 7 (bersalin normal) dan 
     hari ke 10 > 14 (bersalin secara bedah).
3.  Permintaan untuk memulakan perkhidmatan awal/lewat, boleh di bincangkan.
4.  NOTA PENTING
     Deria bayi yang sangat kuat berfungsi adalah deria bau dan bunyi, bayi hanya 
     mengenali suara dan bau ibunya di awal 30 hari kelahirannya. Bagi mengelakkan        
     terjadi trauma kepada bayi, penjaga pantang di larang tidur bersama bayi juga    beliau 
     memerlukan waktu rehat malam yang cukup bagi memberikan khidmat dan perhatian          yang khusus kepada pelanggan dan bayi keesokkan harinya. Penjaga Pantang juga tidak      dapat membantu didalam menguruskan urusan rumahtangga lainnya sepanjang    
     perkhidmatan beliau.                               
PENGANGKUTAN
1. Harga pakej tidak termasuk caj pengangkutan bagi perjalanan Penjaga Pantang dari    
    bermula sehingga berakhirnya khidmat.
2. Pihak pelanggan di minta mengambil/menghantar Penjaga Pantang.
3. Perbincangan awal di mestikan jika pihak kami harus mengaturkan pengangkutan yang       berkaitan
PENGINAPAN
1. Pelanggan adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam menjaga keselamatan.   
     kesihatan dan kediaman yang berpatutan. Penjaga Pantang selama beliau di dalam     
     kediaman pelanggan memberikan khidmat.
2.  Penjaga Pantang tidak dibenarkan mendiami / berkongsi bilik bersama Pelanggan   
     dan/atau bayi. 
PERSEDIAAN BAHAN OLEH PELANGGAN
1. Bahan memasak makanan dan tambahan kepada mandian herba Ibu berpantang
     Senarai bahan akan di emel bersama pengesahan penerimaan bayaran tempahan.
2. Bahan masakan makan Penjaga Pantang
3. Bahan Set Bersalin seperti Param Badan, Tapel Perut, Pilis Dahi (jika boleh yang   
    berbentuk krim).
4. Bengkung Bersalin Normal atau Bengkung Bersalin secara Pembedahan
    Nota: Bagi kehamilan sulong, pelanggan di nasihatkan membeli bengkung setelah   
    mengetahui kaedah melahirkan kerana jika bersalin bedah, bengkung normal kain tidak       boleh di gunakan.  
5. Periuk saiz 26cm dan 22cm
6. Dapur bersesuaian untuk membakar batu tungku.
PERSEDIAAN BAHAN OLEH PIHAK SYARIKAT
1. Bahan berpantang yang kami sediakan mengikut jenis dan jumlah hari pakej :
    Herba Akar Kayu Mandian, Herba Lulur, Minyak Urut, Herba Tangas dan Batu Tungku
KHIDMAT TUGAS LAIN
1. Sebarang khidmat sampingan selain yang telah tertera di jadual tugas, haruslah di   
     kemukakan kepada kami.
PESANAN & INFO
1. Minuman seperti kopi dan teh tidak di minum ketika hamil dan berpantang, Kaffein   
    didalam minuman tidak elok untuk kesihatan juga boleh mengurangkan air susu ibu.
2. Banyakkan meminum air madu lebah, makan kurma & kismis serta habbatus sauda 
    ketika hamil dan didalam berpantang bagi mempercepatkan baikpulih sistem reproduksi     ibu juga memperbanyakkan air susu. Makanan Sunnah ini juga dapat membantu   
    menguruskan badan dan mengelakkan bayi terkena demam kunung atau jaundis.
3. Banyakkan juga makan ikan dan sup sayur sawi serta lobak putih untuk mengekalkannya     pengaliran air susu tersebut.
AMALKAN: SENTIASA ADA 1 JUG KECIL AIR JUS (MADU atau KURMA atau PRUN),1 BEKAS KURMA DAN 1 BEKAS KISMIS DI TEPI KATIL KERANA SELAIN IBU BERPANTANG SENTIASA HAUS DAN LAPAR, IA JUGA MEMBANTU MENAMBAH TENAGA IBU.
ADUAN
1. Sebarang aduan / masaalah yang timbul (jika ada) harus di bincangkan secara terbuka    
    dan rasional oleh kedua dua pihak.
INFO INFO LAIN DI BERIKAN SETELAH BAYARAN TEMPAHAN DILAKUKAN
PANDUAN MELAHIRKAN/CARA MENANAM URI /PENYUSUAN/RESEPI BERPANTANG/MASAALAH SEMBELIT & BUASIR/PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR/PERUBAHAN SISTEM REPRODUKSI IBU BARU MELAHIRKAN/MANDI WILADAH & NIFAS/MASAALAH BENGKAK PAYUDARA/MASAALAH JAUNDIS atau DEMAM KUNING/MASAALAH KERMURUNGAN SELEPAS BERSALIN dan pelbagai lagi…

Kami mendoakan semoga semua urusan dipermudahkan Allah SWT hendaknya.